Tuesday, 22 December 2015

PEMILIHAN MCCB


 Pemilihan Pemutus Litar (Circuit Breaker) yang sesuai dengan fungsi dan operasi adalah amat penting terutama pada rekabentuk pada Litar Utama Elektrik (Main Electric Circuit) seperti Papan Suis Elektrik Utama (Main Electrical Switch Board).
Antara Pemutus Litar yang biasanya digunakan pada Litar Utama Elektrik ialah jenis Moulded Case Circuit Breaker (MCCB) dan Air Circuit Breaker (ACB).

Image result for air circuit breaker imagesImage result for MCCB IMAGE



MCCB                              ACB





-persamaan Antara MCCB dan ACB
Kedua-duanya berfungsi untuk bertindak menyambung dan memutuskan litar bekalan elektrik samada secara kaedah ‘manual’ bagi tujuan penyelenggaraan atau ‘automatic tripping’ apabila berlaku penggunaan arus berlebihan (overload) atau litar pintas (short circuit).
-Perbezaan Operasi/Saiz/Harga Antara MCCB dan ACB
i) ACB boleh beroperasi tanpa menggunakan perlindungan tambahan untuk arus lebihan (over curent) atau secara ‘instantaneous tripping’ tetapi MCCB perlu menggunakan perlindungan tambahan untuk arus lebihan (over curent) atau secara ‘instantaneous tripping’.
ii) Sekiranya berlaku lebihan arus (over-current) dan litar pintas (short circuit) pada Litar Elektrik Utama yang menggabungkan MCCB di Litar Masukan (Incoming Circuit) dan ACB di Litar Agihan (Outgoing Circuit) , kebarangkalian atau kemungkinan untuk MCCB terpelantik (tripping) adalah lebih tinggi tinggi dari ACB.
iii) Komponen mekanikal dalam ACB seperti ‘Main Contacts, Arcing Contacts, Mechanism’ boleh diperbaiki sekiranya rosak tetapi MCCB sekiranya rosak tidak boleh diperbaiki dan perlu diganti baru.
iv) Saiz fizikal ACB adalah lebih besar dari MCCB.
v) Harga ACB adalah lebih mahal dari MCCB.
MEKANISMA MCCB




Monday, 21 December 2015

DISTRIBUTION BOARD








DISTRIBUTION BOARD





Gambar di atas menunjukkan kotak agihan (Distribution Board - DB) sistem bekalan elektrik 1 fasa. Ia biasanya terdapat di rumah teres, rumah Semi-D dan rumah di kampung.
 Suis utama Berfungsi untuk memutuskan bekalan elektrik di dalam rumah. Ada rumah yang menggunakan fius menggantikan suis utama. RCD (Residual Current Device) Kadangkala dikenali sebagai RCCB (Residual Current Circuit Breaker) atau ELCB (Earth Leakage Circuit Breaker). Alat ini merupakan alat paling penting kerana ia melindungi anda dari renjatan elektrik dan peralatan elektrik dari voltan tinggi akibat kilat. Kapasiti RCD yang sering digunakan adalah 40A dan 63A yang mempunyai kepekaan 100mA atau 300mA.
 MCB (Miniature Circuit Breaker) Disambung kepada pendawaian soket plug dan pendawaian lampu/kipas. Ia berfungsi untuk memutuskan bekalan elektrik sekiranya arus elektrik yang tinggi melebihi kapasiti MCB. Arus tinggi berlaku disebabkan berlaku litar pintas antara wayar live dan wayar neutral ataupun penggunaan peralatan elektrik yang terlalu banyak. Kapasiti MCB yang selalu digunakan adalah 6A (untuk pendawaian lampu/kipas) 20A (untuk pendawaian soket plug) 32A  (untuk pendawaian soket plug)