Pemilihan Pemutus Litar (Circuit Breaker) yang sesuai dengan fungsi dan operasi adalah amat penting terutama pada rekabentuk pada Litar Utama Elektrik (Main Electric Circuit) seperti Papan Suis Elektrik Utama (Main Electrical Switch Board).
Antara
Pemutus Litar yang biasanya digunakan pada Litar Utama Elektrik ialah jenis Moulded
Case Circuit Breaker (MCCB) dan Air
Circuit Breaker (ACB).
MCCB ACB
-persamaan Antara MCCB dan ACB
Kedua-duanya berfungsi untuk
bertindak menyambung dan memutuskan litar bekalan elektrik samada secara kaedah
‘manual’ bagi tujuan penyelenggaraan atau ‘automatic tripping’ apabila berlaku
penggunaan arus berlebihan (overload) atau litar pintas (short circuit).
-Perbezaan
Operasi/Saiz/Harga Antara MCCB dan ACB
i) ACB boleh beroperasi tanpa
menggunakan perlindungan tambahan untuk arus lebihan (over curent) atau secara
‘instantaneous tripping’ tetapi MCCB perlu menggunakan perlindungan tambahan
untuk arus lebihan (over curent) atau secara ‘instantaneous tripping’.
ii)
Sekiranya berlaku lebihan arus (over-current) dan litar pintas (short circuit)
pada Litar Elektrik Utama yang menggabungkan MCCB di Litar Masukan (Incoming
Circuit) dan ACB di Litar Agihan (Outgoing Circuit) , kebarangkalian atau
kemungkinan untuk MCCB terpelantik (tripping) adalah lebih tinggi tinggi dari
ACB.
iii) Komponen mekanikal dalam
ACB seperti ‘Main Contacts, Arcing Contacts, Mechanism’ boleh diperbaiki
sekiranya rosak tetapi MCCB sekiranya rosak tidak boleh diperbaiki dan perlu
diganti baru.
iv) Saiz fizikal ACB adalah
lebih besar dari MCCB.
v) Harga ACB adalah lebih
mahal dari MCCB.
MEKANISMA MCCB
No comments:
Post a Comment